Tajuk Video | Manusia Tak Tahu Bersyukur |
Jenis Video Viral | Trending, Filem Pendek, Kehidupan Masyarakat |
Emosi | Sedih, Marah |
Platform | Facebook, YouTube, Instagram |
Viral Score | 95/100 |
Rujukan Viral | Komik Viral, Posting Viral, Dhar Mann |
Jumlah Tontontan | 16,000,000+ Tontonan |
Link Video | https://fb.com/MrKokomm/videos/252731596044647/ |
Video ini mengisahkan tentang tentang kehidupan dua keluarga yang berbeza; keluarga yang hidup senang dan keluarga yang hidup susah semasa pandemik Covid-19 berlaku. Video ini juga mengisahkan tentang realiti masyarakat yang suka berkongsi “kebahagiaan” kepada orang lain di media sosial, namun tanpa sedar “kebahagiaan” mereka itu tidak sesuai untuk dikongsi lebih-lebih lagi di kalangan orang yang tidak mampu mencapai “kebahagiaan” tersebut.
1. Ramai yang menerima kesan Covid-19. Seperti yang kita telah belajar, makin ramai orang boleh merasa video tersebut sebahagian dari hidup mereka atau ada kena mengena dengan hidup mereka (relatable), maka makin ramai yang akan engage dan share video tersebut. Impak Covid bukan sahaja diterima oleh rakyat Malaysia tapi juga diterima oleh masyarakat seluruh Dunia. Dan di Malaysia hampir semua orang menerima kesan dari Covid ini, dari yang pekerja, peniaga pemilik syarikat, semuanya menerima kesan dari Covid . Bila hampir semua orang menerima kesan dari Covid, maka boleh dikatakan hampir semua orang terasa atau ditrigger emosinya dengan video ini.
2. Beberapa faktor viral (relatable) dalam satu video. Satu faktor viral sahaja terkadang sudah mencukupi untuk membuat sebuah video menjadi viral. Bayangkan jika kita masukkan beberapa faktor yang mampu membuat video menjadi viral, maka video tersebut akan menjadi semakin viral. Teknik penggabungan beberapa faktor viral ialah teknik yang biasa MrKokom guna dalam penghasilan video viral dan video ini menggabungkan beberapa cerita yang relatable dengan masyarakat di dalam satu video.
3. Masa post yang sesuai. Dalam kursus Rahsia Video Viral kita juga belajar tentang pembikinan video viral yang berkaitan dengan isu trending dan bagaimana cara post video yang sedang trending (terutama bahagian masa post yang sesuai). Video ini menjadi sangat viral kerana ia boleh dikira sebagai video yang masih relevan dengan masyarakat kerana kesan dari Covid masih terasa walaupun PKP (Lockdown) dilonggarkan. Namun ia boleh lebih viral lagi jika ia dipost lebih awal semasa PKP mula-mula dilaksanakan dan ramai yang menerima kesan Covid dan kehilangan pekerjaan pada waktu itu.
4. Watak yang sangat annoying dan membuat orang marah. Terkadang dalam penghasilan video, MrKokom sengaja menghasilkan watak yang membuat orang rasa cringe, annoyed atau marah terhadap watak tersebut. Di dalam video ini, MrKokom sengaja meletakkan Ali dan Isterinya sebagai seorang yang kaya, riak dan berlagak supaya orang menjadi marah dan benci kepada watak tersebut dan membuat mereka ditrigger emosinya sehingga meraka akan engage dan share video tersebut di media sosial.
5. Jumlah follower yang sangat ramai. MrKokom mempunyai hampir 1 juta follower di Facebooknya, ini memudahkan lagi proses penghasilan momentum (share, like dan komen) pada video tersebut. Kerana setiap kali MrKokom akan membuat postingan baru, ada hampir 1 juta orang yang bersedia untuk komen, share dan like video tersebut sehingga video menjadi viral. Tapi content sahaja tidak mencukupi, tanpa momentum yang kuat video anda tidak akan viral sekalipun anda mempunyai 10 juta follower di media sosial.
6. Audience yang tepat. Antara sebab kenapa MrKokom mengesyorkan video anda dipost di Facebook ialah kerana Facebook mempunyai audience yang lebih dewasa dan kebanyakan orang yang menerima kesan dari Covid ini ialah dari golongan dewasa. Selain dewasa, audience di Facebook lebih mudah ditrigger emosinya berbanding media sosial lain dan lebih mudah dirancang untuk jadi viral. Walaupun video ini hanya mendapat 400,000+ tontonan di YouTube setelah 4 bulan dipost, video ini telah memperoleh 16,000,000+ di Facebook hingga saat ini.
7. International. Seperti yang kita belajar, International merupakan antara salah satu faktor yang membuatkan video viral menjadi lebih viral. Agak sukar dan mungkin hampir mustahil untuk mencapai 16 juta tontontan dari penonton di Malaysia sahaja (hampir 50% dari penduduk di Malaysia). Disebabkan negara tetangga seperti Singapore, Brunei dan Indonesia juga terkesan dengan Covid. Video ini bukan sahaja ditonton oleh warga Malaysia tetapi oleh ditonton juga oleh negara jiran. Anda boleh lihat sendiri data di bawah, di mana penonton dari West Java (Jawa Barat) sahaja telah mendominasi dan mengalahkan jumlah penonton di Selangor.
8. Video mampu trigger emosi wanita. Antara trik paling berkesan untuk memviralkan video ialah dengan menghasilkan video yang mampu trigger emosi para wanita. Berbeza dengan lelaki yang hanya mungkin akan tonton tanpa share dan komen, wanita ialah sebaliknya. Kebanyakan wanita lebih terdedah untuk komen dan share dan membuat sedikit tulisan atau komen panjang berkenaan video yang memberi kesan atau trigger emosi mereka. Jika anda lihat data di atas, penonton wanita mendahului dengan 67% berbanding lelaki hanya 33%. Ini bermakna, video ini lebih banyak ditonton oleh wanita yang kebiasaannya berpunca dari share dan komen yang dilakukan oleh wanita. Itulah sebabnya kenapa topik seperti suami curang, suami tak memahami isteri, video tentang perangai wanita dan segala jenis video yang berkaitan wanita akan jauh lebih viral berbanding video yang ada kaitan dengan lelaki.
9. Crossposting ke beberapa page. Dalam penghasilan video viral kita juga diajar tentang pentingannya Crossposting dan bagaimana ia membantu membuat views video meningkat dengan sangat banyak. Video ini juga dipost dengan teknik crossposting ke beberapa page yang sudah mempunyai puluhan dan ratusan ribu follower sedia ada seperti page Facebook Cocombee, MrKokom (page baharu) dan juga page Mohammad Yaakub Yusra.
Seperti yang kita kupas di atas, video ini menggabungkan beberapa kisah relatable dalam 1 video. Antara kisah relatable dalam video ini ialah seperti berikut:
1. Orang yang dibuang kerja kerana Covid
2. Orang yang hampir tidak makan kerana Covid
3. Isteri yang mengandung tetapi suami kehilangan kerja
4. Pembaziran makanan ketika berbuka puasa
5. Group “Masak Apa Tak Jadi” yang pernah viral
6. Orang yang selalu mempamerkan kekayaan di media sosial
6 kisah relatable dalam 1 video, maka hasilnya video ini akan menarik 6 jenis penonton yang berbeza yang mana masing-masing penonton akan engage dan share video tersebut di media sosial.