Kan bagus kalau kita boleh tahu video kita akan viral atau tidak sebelum kita hasilkan dan post video kita di media sosial?. Secara logik, agak mustahil untuk kita dapat tahu video kita mampu viral atau tidak sedangkan ia belum dihasilkan atau bahkah belum dipost di media sosial. Biasanya kita hanya akan dapat tahu ia viral atau tidak viral setelah kita post video kita di media sosial.
Tapi menurut eksperimen-eksperimen yang kami jalankan dalam penghasilan video viral sejak 2017 hingga sekarang, kami mendapati terdapat beberapa kesamaan pattern atau pengulangan yang sama yang boleh kita lihat dalam video-video yang pernah viral di media sosial. Dari pattern atau pengulangan yang terdapat pada video-video viral ini kami berjaya menghasilkan Video Viral Scorecard.
Viral Scorecard ialah siri soalan bersistem yang boleh anda jawab berdasarkan idea video viral yang ingin anda hasilkan. Dengan anda menjawab kesemua soalan ini, anda akan mendapat markah atau score secara automatik . Dan dari markah atau score yang anda dapat, sistem soalan automatik kami akan beritahu anda sama ada idea video anda boleh viral ataupun tidak. Menarik kan?
Sila ikuti langkah berikut sebelum anda buka video seterusnya:
1. Tentukan jenis video viral anda menurut Cara Penyediaan (Sila rujuk Chapter 4.2)
2. Tonton kesemua 4 Video Viral Scorecard dan fahami maksud setiap soalan
3. Jawab mana-mana Viral Scorecard menurut jenis penyediaan video anda
4. Sistem kami akan diberikan markah atau score berdasarkan jawaban anda
5. Ikuti pesanan yang sistem kami berikan setelah anda dapat Score Viral anda